Saturday, 5 October 2013
Lima NGO gesa ambil tindakan tegas terhadap individu hina Perdana Menteri
Do you like this story?

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pandan Indah oleh Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah mewakili Majlis Persahabatan Ayahanda Malaysia, Pertubuhan Gerakan Bersatu 69, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Gerakan Memartabat Pejuang Negara.
Abdul Rani berkata laporan polis itu dibuat bertujuan menggesa pihak berkuasa termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas berhubung perbuatan memuat naik gambar menghina perdana menteri oleh seorang individu di laman Facebook di akaun yang menggunakan nama ‘Raymond Khoo’.
“Kami selaku NGO memandang serius perkara ini dan tidak mahu ia terus berleluasa dan merebak,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Sementara itu, Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay berkata tindakan itu dianggap satu penghinaan terhadap perdana menteri dan menjatuhkan martabat Jalur Gemilang.
“Sebagai warganegara, dia tidak sepatutnya melakukan tindakan seperti itu…saya harap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia turut mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. — Bernama
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Responses to “ Lima NGO gesa ambil tindakan tegas terhadap individu hina Perdana Menteri ”
Post a Comment