Friday 1 November 2013

Lagi Kes Pengawal Keselamatan Bersenjata Merompak

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.
Kes bersenjata rompak kedai emas

Friday 1 November 2013 by Unknown · 0

Thursday 17 October 2013

Ditemui selepas 26 jam sesat dalam hutan

BALING: Misteri kehilangan empat kanak-kanak termasuk dua beradik apabila mengikuti seorang lelaki yang mendakwa mahu menjerat beruk dalam Hutan Simpan Gunung Inas, Lata Sedim, di sini, berakhir apabila ditemui dalam keletihan, kira-kira 7 petang tadi.
Kesemua mereka ditemui kira-kira 26 jam kemudian di satu lokasi dalam hutan simpan berkenaan.
Bagaimanapun, kelibat lelaki berusia 38 tahun yang membawa empat kanak-kanak itu gagal dikesan.
Empat kanak-kanak itu ialah Mohd Hafiz Redzuan, 14, murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Lindungan Raja, Sedim; Ainaanadia Mat Dahari, 13, pelajar Sekolah Menengah Labu Besar; adiknya Ahmad Mohamad, 11, dan Rohaizat Jamaluddin, 10, yang juga belajar di SK Seri Lindungan Raja, Sedim.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang semalam, selepas keempat-empat mereka menjamu selera di rumah lelaki berkenaan yang menemui kanak-kanak itu sedang bersiar di kawasan kampung terbabit pada petang Aidiladha.
Penolong Kanan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Unit Pasukan Khas Storm Alor Setar Mohd Ridzuan Nut Jamudin, berkata semua kanak-kanak terbabit ditemui kira-kira 800 meter dari Pusat Kawalan Operasi yang dibuka di kawasan itu dalam keadaan lemah dan keletihan – Hmetro Online

Thursday 17 October 2013 by Unknown · 0

Sunday 13 October 2013

Wow Kereta Koenigsegg langgar penonton

Kereta Koenigsegg langgar penonton

Sunday 13 October 2013 by Unknown · 0

Saturday 12 October 2013

Pistol Tembusi Mulut Peserta Perarakan

Pistol Tembusi Mulut Peserta Perarakan
PHUKET – Seorang peserta perarakan Festival Sayur-Sayuran di sini mempamerkan pipinya yang ditembusi beberapa pucuk pistol semalam.
Festival itu diadakan selama sembilan hari sejak 5 Oktober lalu.
Ia merupakan antara program yang menjadi daya tarikan pelancong asing dan tempatan di sini.
Terdapat juga pedang dan batang besi yang ditusuk menembusi pipi para peserta perarakan itu.
“Ia bukannya suatu muslihat. Aksi itu adalah betul,” kata Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand di Phuket, Chanchai Doungjit.
Ribuan orang berbaris di sepanjang laluan perarakan itu bagi menyaksikan aksi-aksi tersebut.
Perarakan itu diadakan bagi membebaskan roh jahat selain membawa kekayaan kepada komuniti tempatan.
Festival itu bermula pada tahun 1825 di sini bagi memberikan perghormatan ke atas dewa Cina. – AFP

Saturday 12 October 2013 by Unknown · 0

Wednesday 9 October 2013

Dipukul dengan kayu baseball di kepala Pelajar kolej di Taiwan - Video

Video

Wednesday 9 October 2013 by Unknown · 0

How Android Users See iOS 7


by Unknown · 0

Tuesday 8 October 2013

Misteri HANTU MELATI Di Kampus UiTM Sabah Kekal Hingga Sekarang

Bila aku masuk penghujung tahun 2005, macam2 aku dengar daripada senior. Tak taw la sama ada diorang sengaja reka atau memang betul apa yang diceritakan tu. Ni senior la yang cerita. Kata mereka, tapak UiTM Sabah ni adalah kawasan perkampungan jin suatu ketika dulu. Bagi membuka kampus ni, satu perjanjian telah dibuat antara pihak UiTM dan jin tersebut. UiTM boleh dibina dengan perjanjian, 3 syarat yang mereka berikan mesti dipatuhi dan tidak boleh dilanggar. Dengan kata lain, ada 3 perkara yang kita dilarang buat di kawasan kampus.
Kalau tidak, penghuni UiTM akan terima balasan. 3 syarat tu aku tak boleh la jelaskan apa sebab aku pun tak berapa pasti sangat apa syarat2 tu. Tapi yang aku dikhabarkan, dua dari syarat tu telah dilanggar. Sebab itulah makin banyak kejadian aneh berlaku kat kampus ni. Tak tahu la kesahihan cerita ni sebab aku pun tak berapa nak percaya sangat. Tapi begitulah kisah yang disampaikan oleh senior2 sejak turun temurun.hehehe. Kalau korang nak atau taknak percaya, suka hati la kan.
Kita sambung lagi kisah2 seterusnya…. Dulu kelas kami semua di Fasa 3. Di sana pun banyak kisah2 seram yang aku dengar daripada pak guard dan staf2 yang bertugas di sana. Tempat yanmg paling menyeramkan di Fasa 3 tu ialah di anjung..tempat makan di sana. Aku diberitahu yang di sana adalah tempat pontianak sebab memang ada yang pernah nampak pontianak tu di sana. Selain di anjung tu, bangunan InEd sekarang adalah salah satu bangunan yang berhantu… Dulu, di sana adalah tempat pengawal…pengawal yang tinggal sana selalu diganggu malam2.Dekat2 dengan kawasan pejabat HEA pun ‘keras’ juga. Memang di sana tu seram sikit.
Aku p stay malam2 pun memang menyeramkan. Orang cakap, di sana tu adalah laluan hantu. Malam2 akan ada kelibat hantu di sana. Errr… ~ Seperti yang aku cakap, dulu di sana tu kelas. Staf2 yang bekerja malam2 di sana selalu kena. Macam mana kena? Bila diorang tutup lampu, akan ada yang on balik tu lampu. Pernah diorang nampak ‘sesuatu’ jalan2 sekitar bangunan tu di tengah2 malam. Ada sorang brader ni citer, dia pernah sapa sorang guard yang dia jumpa. Tapi guard tu senyap jak. Bila brader tu jalan depan lagi, dia terserempak lagi guard td. Terus dia tanya macam mana guard tu ada di sana sedangkan tadi dia baru je terserempak. Rupa-rupanya guard tu baru je sampai. Naaa..maknanya…….. siapa la yang dia jumpa td?? Meremang bulu roma aku tulis kisah ni.
Kolej lama di sebelah library memang menjadi bangunan yang paling ditakuti oleh semua warga kolej. Kenapa? Sebab ia adalah banngunan yang ditinggalkan dan dikhabarkan terdapat lebih 300 jin yang tinggal di sana sekarang. Orang cakap, apabila ada histeria, ‘benda’ dalam badan budak tu akan dihalau p kolej lama ni. Memang patut la orang takut kan.hahaha. Dulu di sana adalah pejabat kokurikulum. Ada komander pernah cerita yang diorang pernah nampak hantu berdiri depan diorang.. Lintang pukang diorang. Nama MELATI memang popular di kalangan pelajar UiTM. Bagi diorang Melati adalah hantu jelmaan daripada seorang pelajar yang bunuh diri di kolej lama. Entah la betul ka xdak cerita tu. Aku tak berapa percaya sangat. Memang ada aku dengar pelajar kita pernah buuh diri…tapi tak tahu la d mana dia bunuh diri tu. Tapi memang Melati cukup dikenali. Bahkan bdk2 yang histeria..bila ditanya siapa mereka.. jawapannya tetap sama.. MELATI….. Hantu pun suka guna nama Melati. Sah la memang Melati tu paling popular di UiTM Sabah.
yang ni dari blog yang lain kisah yg sama
Seperti tajuk diatas, apa kena mengenanya Melati dengan cerita seram kali ini.Cerita Melati ini bukan lah kisah cinta..jauh skali kalau cerita cara memasak rendang ayam.Kalau nak tau.. Melati ni la sejak dahulu hinggalah sekarang masih lagi menjadi penghuni tetap d kawasan asrama ITM(uitm) Sabah.Sebut sahaja Melati, rata-rata penghuni asrama UiTM Sabah tau sapa Melati. Siapa yang tidak tau ni..mmg saja mau cari psal..
Menurut senior-senior yang terdahulu..Melati ni merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri. Tapi ada juga yang cakap,Melati memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun. Bermacam-macam cerita yang diceritakan tentang cara Melati membunuh diri..tapi realitinya..dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar di asrama tersebut.
Selalunya..’dia’ ini akan mengacau bila tibanya dekat time exam..ntahlah mcm ada musim pula..Sewaktu aku masih menuntut dulu kat ITM(Uitm) Sabah..aku ada dengar, pelajar perempuan pernah tinggal dekat blok B dan C. Tapi sejak peristiwa histeria yg berlaku berulang kali, semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D,E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C. Menurut pihak asrama pd waktu itu, pertukaran tempat perlu bagi mengelakkan peristiwa(histeria) berulang kembali..mereka yg ‘bijak’ ini beranggapan pelajar lelaki tidak mudah terkena histeria kerana kuat semangat(ya la tu)
Waktu kami mula-mula menetap dahulu, setiap tandas d blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana telah dibuka oleh pihak asrama. Menurut mereka..ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas. Setelah diperiksa berulang kali..mereka tidak menemui seorang perempuan pun..so kita cuma akan nampak Melati melalui cermin.(ada cermin atau tiada..’dia’ tetap ada dsitu)
Pernah ada budak junior yang baru datang,tinggal d blok B(satu blok asrama la).Apabila dceritakan tentang Melati ini..mereka dengan eksen ketawa dan berkata kalau mereka nampak Melati nanti, diorang akan minta nombor ekor.Pagi keesokkan harinya, mereka berjumpa dengan kami..mereka kononnya telah diganggu oleh Melati dan meminta sedikit nasihat. Kerana ada diantara mereka ditampar dan ada pula katil bergegar seolah olah ada orang sedang melompat diatas katil.
Gambar Terkini yang dikongsikan melalui Facebook>>

Tuesday 8 October 2013 by Unknown · 0

Monday 7 October 2013

Robot Berkaki Empat

WildCat sebuah robot berkaki empat sedang dibangunkan untuk berlari dengan pantas ke atas semua jenis kawasan. Setakat ini WildCat boleh berlari kira-kira 16 mph di kawasan rata menggunakan Mengehad dan galloping gaits. WildCat sedang dibangunkan oleh Boston Dynamics dengan pembiayaan daripada program M3 DARPA. Untuk maklumat lanjut mengenai Wildcat layari laman web di www.BostonDynamics.com .


Monday 7 October 2013 by Unknown · 0

Sunday 6 October 2013

Empat Terbunuh Dalam Kemalangan Ngeri Di Kuala Berang

KUALA BERANG: "Saya sungguh menyesal kerana desak emak datang juga walaupun mulanya dia cakap tak boleh datang," kata Raja Mohamad Tarmizam Raja Muda, 18, anak Mek Kenanga Bakar, 50, seorang daripada empat mangsa maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 2 Jalan Ajil-Pengkalan Berangan, dekat sini, petang tadi.

Mek Kenanga dari Kampung Gong Kenangan, Kuala Terengganu meninggal dunia di Hospital Hulu Terengganu (HHT) manakala adik angkatnya, Che Mah Awang, 44, bersama suami Abdullah Mamat, 54, dari Kampung Tok Gebok, Ajil, maut di tempat kejadian.

Ketika itu, kesemua mangsa dalam perjalanan melawat Raja Mohamad Tarmizam yang sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Cenderawasih, Cador, Marang.

Seorang lagi mangsa, Jusoh Ibrahim, 39, dari Kampung Tengah, Merchang, Marang, turut terbunuh di tempat kejadian.

KEADAAN kereta iswara yang terbabit dalam kemalangan di KM 2 Jalan Pengkalan Berangan, Marang. FOTO Rosli Ilham

Raja Mohamad Tarmizam berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu apabila dimaklumkan rakannya kira-kira 6.30 petang tadi.

"Ketika itu saya baru bangun tidur dan hairan kenapa ibu saya belum tiba. Apabila mendapat tahu emak meninggal dunia, memang saya tak dapat menerima kenyataan sebab saya beriya menyuruh dia datang melawat," katanya ketika ditemui di Bilik Kecemasan HHT.

Sementara itu, isteri Jusoh, Siti Zabedah Muda, 38, dia dan mangsa baru bernikah kira-kira sebulan lalu.

"Arwah suami bekerja di Marang dan setiap hari berulang-alik ke Ajil. Saya sendiri bercadang berhenti kerja hujung bulan ini untuk mengikut arwah ke Marang, tetapi tak menyangka kejadian ini berlaku," katanya.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 4.40 petang itu, Proton Wira yang dipandu Jusoh dari arah Marang, masuk ke laluan sebelah kanan sebelum bertembung dengan Proton Saga dipandu Abdullah dari arah bertentangan.
 - Metro.

Sunday 6 October 2013 by Unknown · 0

Kolam Seri Pagi di Yellowstone National Park(7 Gambar)

Kolam ini diberi nama oleh Mrs. E. N. McGowan, isteri Penolong Penguasa Polis Taman, Charles McGowan pada 1883. Beliau menyebut sebagai Convolutus, nama Latin untuk bunga seri pagi di mana mata air itu menyerupai. Menjelang 1889, nama Kolam Seri Pagi (Morning Glory Pool) telah menjadi penggunaan biasa untuk taman ini[1]. Banyak buku panduan awal menyebut Morning Glory Spring. - WIKIPEDIA








by Unknown · 0

Saturday 5 October 2013

Gambar Luar Biasa Binatang bertukar menjadi batu

Tasik Natron di Tanzania,gambar diambil oleh jurugambar Nick Brandt,
gambar-gambar ini menyeramkan
Tiada siapa yang tahu bagaimana haiwan ini mati,
Fish Eagle

Bat

Dove

Songbird

Flamingo

Swallow

Saturday 5 October 2013 by Unknown · 0

Lima NGO gesa ambil tindakan tegas terhadap individu hina Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bendera Malaysia di laman sosial Facebook.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pandan Indah oleh Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah mewakili Majlis Persahabatan Ayahanda Malaysia, Pertubuhan Gerakan Bersatu 69, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Gerakan Memartabat Pejuang Negara.

Abdul Rani berkata laporan polis itu dibuat bertujuan menggesa pihak berkuasa termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas berhubung perbuatan memuat naik gambar menghina perdana menteri oleh seorang individu di laman Facebook di akaun yang menggunakan nama ‘Raymond Khoo’.

“Kami selaku NGO memandang serius perkara ini dan tidak mahu ia terus berleluasa dan merebak,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Sementara itu, Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay berkata tindakan itu dianggap satu penghinaan terhadap perdana menteri dan menjatuhkan martabat Jalur Gemilang.

“Sebagai warganegara, dia tidak sepatutnya melakukan tindakan seperti itu…saya harap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia turut mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. — Bernama

by Unknown · 0

Jerawat terbesar di dunia - Video

Jerawat Terbesar di Dunia!! Geli Tengok..

by Unknown · 0

Friday 4 October 2013

4 maut pesawat terhempas di Lagos

[Gambar]ORANG ramai berkumpul di kawasan nahas pesawat terhempas berhampiran depot minyak di Lapangan Terbang Antarabangsa Lagos. Menurut pihak berkuasa Nigeria, 14 orang terkorban apabila sebuah pesawat penumpang Embraer terhempas tidak lama selepas berlepas di luar terminal domestik lapangan terbang berkenaan, awal pagi tadi.
LAGOS: Sebuah pesawat sewa khas Nigeria yang membawa 20 orang terhempas akibat mengalami kerosakan enjin sebaik berlepas dari lapangan terbang Lagos, awal hari ini.
Pesawat berkenaan dilaporkan cuba mendarat berdekatan depot minyak di lapangan terbang berkenaan dengan sekurang-kurangnya 14 terbunuh.
Pesawat buatan firma Brazil, Embraer dan milik Nigeria Associated Airlines, berlepas jam 9.30 pagi (waktu tempatan) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Mohammed, demikian menurut Kementerian Penerbangan Awam Nigeria dalam satu kenyataan.
Pesawat berkenaan dilaporkan menuju ke Akure di barat daya Negeri Ondo, namun terhempas dua minit selepas berlepas dengan di dalamnya mengandungi 13 penumpang dan tujuh anak kapal.
“Terdapat enam yang terselamat manakala 14 lagi terkorban,” kata Menteri Penerbangan Awam Nigeria, Stella Oduah. – AFP

Friday 4 October 2013 by Unknown · 0

Website yang suda lama dan masih wujud

by Unknown · 0

Gempar Warga emas hidup semula

Anak dan cucu Chai Gaik memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di rumahnya di Kampung Cina Kuala Gula semalam.
SELINSING – Penduduk Kuala Gula di sini gempar apabila seorang warga emas yang disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan didakwa kembali membuka mata dan menggerakkan badan selepas lima jam diletakkan di dalam keranda.
Adik mangsa, Tan Chai Soon, 55, berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi di Kampung Cina Kuala Gula kelmarin, kakaknya, Tan Chai Gaik, 69, disahkan meninggal dunia akibat sakit tua oleh pembantu perubatan yang datang ke rumah untuk merawatnya.
Menurutnya, setelah dimaklumkan pemergian mendiang, seluruh ahli keluarga menyediakan persiapan untuk upacara sembahyang dan pengebumian mendiang.
“Setelah mendiang diletakkan dalam keranda di rumahnya lebih kurang jam 1.30 tengahari, kesemua ahli keluarga menjalankan upacara sembahyang.
“Sedang nama mendiang disebut-sebut anak perempuan keduanya, tiba-tiba mendiang membuka mata dan menggerakkan sedikit anggota badan ,”katanya ketika ditemui semalam.
Chai Soon berkata, kesemua ahli keluarga yang terkejut dengan kejadian itu segera menghubungi semula pembantu perubatan yang merawat mendiang sebelum ini dan memintanya memeriksa warga emas itu.
Dakwanya, pembantu perubatan itu sangat terkejut setelah mendapati tekanan darah mendiang memberikan bacaan stabil meskipun tidak lagi bernafas dan tiada denyutan nadi.
“Pembantu perubatan segera mengarahkan ambulans daripada Klinik Kesihatan Kuala Gula menghantar mendiang ke Hospital Taiping.
“Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mendiang sebenarnya meninggal dunia sejak disahkan pada kali pertama dan kejadian ‘hidup’ kembali itu mungkin disebabkan tindak balas luar biasa tubuh mendiang,” katanya – Mstar Online

by Unknown · 0

Gempar Tikus Gergasi di China

Tikus menjadi hidangan penduduk di Hunan.
HUNAN – CHINA.Seekor tikus gergasi seberat lebih lima kilogram ditangkap petani Cina di Shaoyang, Hunan, China.
Tikus seberat 10 kali ganda daripada tikus biasa itu pertama kali dikesan selepas memakan ikan seberat tiga kilogram dari sebuah kolam di kampung Shaoyang yang selama ini mengganggu ketenteraman penduduk kampung.
Menurut media tempatan, selepas dibunuh petani menghadapi kesukaran untuk menyiangnya kerana kulit dan tulang yang tebal.
“Dua bilah pisau patah semasa mereka cuba memasaknya,” menurut laporan itu kepada Daily Mail.
Tikus merupakan makanan tradisional di Guangdong, selatan China dan dipercayai tiga kali lebih berkhasiat berbanding ayam – Sinar Harian

by Unknown · 0

Rowan Atkinson Masuk Islam Adalah Berita Palsu

Berita palsu Mr Bean masuk islam hanya khabar angin. Pada mulanya khabar Rowan Atkinson masuk muslim disebarkan oleh laman portal www.israellycool.com tanpa bukti yang kukuh. Berita ini tersebar dengan meluas hingga mendapat perhatian dunia islam. Untuk membetulkan keadaan, portal israellycool telah menghubungi ejen terdekat Rowan Atkinson bernama Lucy dan ternyata beliau masih belum memeluk islam. Pada masa yang sama, tiada berita sahih daripada portal rasmi media barat. Untuk info, Mr Bean juga pernah dikhabarkan meninggal dunia sebelum ini dan ianya juga adalah khabar angin.
Bukti Mr Bean/ Rowan Atkinson Masuk Islam Berita Palsu
Portal israellycool.com adalah antara portal terawal yang menyiarkan berita Mr Bean masuk islam dalam bahasa inggeris yang diterjemahkan dari laman web anti-israel. Pada masa yang sama, Mr Bean sendiri masih belum mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah masuk islam. Untuk menamatkan spekulasi mengenai isu tersebut, portal israelly.com telah menghubungi kenalan atau ejen terdekat Mr Bean untuk mengesahkan perkara tersebut. Namun, pada ketika ini Lucy selaku ejen terdekat Mr Bean mendakwa setakat ini Mr Bean masih belum memeluk agama islam.
mr-bean-masuk-islam-2
Portal tersebut juga ada mengirim emel kepada Lucy dan ternyata Mr Bean masih belum tukar agama kepada islam.


Update: We reached out to Rowan Atkinson’s agent so she could end the ridiculous speculation once and for all.
From: Lucy xxxxxxx <xxxxxxx> Date: 2 באוקטובר 2013 13:32:37 GMT+3
To: Brian of London <xxxxxxxxx>
Subject: RE: Would appreciate a statement from Rowan Atkinson about CRAZY claims that are sweeping the Arabic world
Hi Brian,
Thanks for your e-mail. I’m afraid that, as far as I’m aware, Rowan has not converted to Islam.
All the best.
Lucy
Rowan Atkinson converted to islam Rowan Atkinson converted to Muslim is Fake Mr Bean announced his conversion to Islam Mr Bean'' announced his conversion to muslim Rowan Atkinson converted to Muslim is hoax Rowan Atkinson converted to islam is Fake

Sumber:  melvister.com 

by Unknown · 0

Gas beracun: 27 murid, seorang guru masuk hospital


ALOR SETAR - Seramai 27 murid dan seorang guru Sekolah Kebangsaan Batu 4, Jalan Jeniang, Gurun dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan Hospital Yan kerana terhidu gas beracun hari ini.
Kejadian kira-kira 6 petang itu dipercayai berpunca daripada racun perosak serangga yang disembur pekerja sebuah ladang berhampiran sekolah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, berdasarkan makluman awal daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, kejadian berlaku ketika kebanyakan murid berada di sekolah bagi sesi petang.

Beliau berkata, kejadian disedari selepas beberapa murid mengadu pening kepala dan muntah-muntah.

"Mangsa dihantar ke klinik kesihatan berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Yan. Namun, disebabkan hospital itu masih mempunyai ramai pesakit yang dirawat akibat keracunan makanan tempoh hari, murid terlibat kemudian dihantar ke HSAH malam ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tajul Urus berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan manakala mereka yang dirujuk ke hospital kini berada dalam keadaan stabil.

Beliau meminta murid atau penduduk sekitar kawasan sekolah yang mengalami simptom seperti terhidu gas agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. - Bernama

by Unknown · 0

Thursday 3 October 2013

Guru Berpakaian Seksi Untuk Motivasikan Pelajar

Apa sahaja boleh berlaku di negara China.
Terbaru, seorang guru wanita di sana telah mendapat satu cara yang dilihatnya sebagai berkesan untuk menaikkan semangat dan motivasi pelajarnya supaya memperolehi keputusan peperiksaan yang baik.
Cikgu itu telah berjanji sekiranya anak muridnya berjaya mendapat markah tertinggi dalam ujian, dia akan hadir ke kelas mengajar dengan berpakaian seksi.
Walaupun terdapat segelintir pihak yang marah dengan tindakan guru muda itu namun tidak kurang yang memujinya dalam langkah untuk memotivasi pelajarnya supaya mendapat keputusan cemerlang untuk meningkatkan prestasi sekolah mereka.
Macam-macam hal..
Agak-agaknya ada tak cikgu di Malaysia yang seberani itu untuk memotivasikan anak-anak muridnya? – Mynewshub

Thursday 3 October 2013 by Unknown · 0

Kuasa Make-UP

Sebelum dan Selepas












by Unknown · 0

Sunday 29 September 2013

Warga emas maut ditimpa pokok kelapa

Warga emas maut ditimpa pokok kelapa
Keadaan mangsa ketika di tempat kejadian. Gambar kecil: Abdul Rashid.


TELUK INTAN – Seorang warga emas dalam perjalanan menghantar barangan niaga ke Pasar Besar Teluk Intan maut ditimpa pokok kelapa, semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku di Jalan Sungai Nibong, di sini, kira-kira jam 9.15 pagi.
Katanya, mangsa, dikenali sebagai Abdul Rashid Tahir, 72, berasal dari Sungai Lampam, maut di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 seorang diri dari arah Sungai Nibong ke Pekan Teluk Intan.
“Setibanya di lokasi kejadian berhampiran sebuah kilang padi, secara tiba-tiba sebatang pokok kelapa yang sudah reput di sebelah kiri jalan tumbang.
“Mangsa yang kebetulan lalu di kawasan itu dihempap pokok kelapa dan maut di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita.
Kok Liang berkata, mangsa terjatuh dan menyebabkan motosikal yang ditunggangi oleh warga emas itu bergerak lebih kurang 100 meter ke kanan jalan.
Menurutnya, orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu mengalih batang pokok kelapa yang menghempap mangsa.
Katanya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan.
Beliau berkata, hasil daripada bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian organ dalaman.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya – Sinar harian

Sunday 29 September 2013 by Unknown · 0