Sunday 29 September 2013

Warga emas maut ditimpa pokok kelapa

Warga emas maut ditimpa pokok kelapa
Keadaan mangsa ketika di tempat kejadian. Gambar kecil: Abdul Rashid.


TELUK INTAN – Seorang warga emas dalam perjalanan menghantar barangan niaga ke Pasar Besar Teluk Intan maut ditimpa pokok kelapa, semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku di Jalan Sungai Nibong, di sini, kira-kira jam 9.15 pagi.
Katanya, mangsa, dikenali sebagai Abdul Rashid Tahir, 72, berasal dari Sungai Lampam, maut di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 seorang diri dari arah Sungai Nibong ke Pekan Teluk Intan.
“Setibanya di lokasi kejadian berhampiran sebuah kilang padi, secara tiba-tiba sebatang pokok kelapa yang sudah reput di sebelah kiri jalan tumbang.
“Mangsa yang kebetulan lalu di kawasan itu dihempap pokok kelapa dan maut di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita.
Kok Liang berkata, mangsa terjatuh dan menyebabkan motosikal yang ditunggangi oleh warga emas itu bergerak lebih kurang 100 meter ke kanan jalan.
Menurutnya, orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu mengalih batang pokok kelapa yang menghempap mangsa.
Katanya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan.
Beliau berkata, hasil daripada bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian organ dalaman.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya – Sinar harian

Sunday 29 September 2013 by Unknown · 0

Being a Pilot


by Unknown · 0

Kemalangan motosikal maut jantung terkeluar dari badan

 Jantung masih berdegup biarpun suda terkeluar dari badan...

by Unknown · 0

Ular Sawa telan dan muntah balik Anjing

Video

by Unknown · 0

Install iOS7 pada handphone Model Lama

Sekarang boleh Share Score Game snake di facebook dan twitter.

by Unknown · 0

Orang Minyak Kena tangkap

MARANG – Seorang lelaki dipercayai ada hubung kait dengan kes serangan ‘orang minyak’ yang berlaku di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu diberkas di persimpangan jalan Kampung Machang Lada, di sini, semalam.
Lelaki berusia 42 tahun disyaki kurang siuman itu ditahan sekumpulan ahli Rakan Muda (Crime Awareness Team) selepas didapati berkeliaran dalam keadaan separuh bogel di persimpangan jalan berkenaan. Sebelum diberkas kira-kira jam 2.45 pagi, ahli Rakan Muda terbabit diketuai jurulatihnya, Mohd Sukri Embong, 45, terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membuat rondaan. “Lelaki itu berjalan di hadapan kami.
Sebaik sahaja melihatnya dalam keadaan separuh bogel ala ‘orang minyak’, kami segera menahannya dan kemudiannya terus menghubungi polis. “Beberapa minit selepas itu, dua anggota polis tiba dan kami menyerahkannya kepada anggota terbabit untuk tindakan lanjut,” kata Mohd Sukri. Pada 15 September lalu, ahkbar Sinar Harian melaporkan seorang pelajar berumur 17 tahun mendakwa lelaki separuh bogel memakai topeng ‘zorro’ telah menceroboh biliknya.
Mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek mendakwa, selepas tersedar dari tidur dia melihat lelaki berkenaan berada di atas badannya dan semasa cuba menjerit, suspek segera menutup mulutnya selepas memasukan cecair seperti minyak. Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lelaki terbabit yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa mangsa menyergahnya lalu melarikan diri bersama telefon bimbit milik mangsa.
Berikutan kejadian itu, pelbagai pihak termasuk NGO melakukan rondaan bagi membantu polis mengesan suspek. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan penangkapan suspek berusia 42 tahun itu. Difahamkan lelaki terbabit telah diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut selepas disahkan tidak siuman.
Dalam pada itu, pasukan rondaan Rakan Muda termasuk Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu serta NGO lain akan terus melakukan rondaan di kawasan kampung berkenaan walaupun kes itu dianggap selesai. sumber : http://www.videosengal.in-earth.org/

by Unknown · 0

Anjing yang sangat kesian

by Unknown · 0

Makanan yang menjijikkan

by Unknown · 0

Gambar dan punca isteri Matyo maki hamun polis


Gambar dan punca isteri Matyo maki hamun polis - Penyebaran sebuah video yang memaparkan isteri Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) iaitu Shahrul Aisya memaki hamun seorang pengawal keselamatan telah menggemparkan seluruh peminat bolasepak tanahair.

Video berkenaan dimuatnaik semalam menerusi laman Youtube oleh seorang individu yang dirahsiakan identitinya. Ekoran itu, Shahrul telah dikritik dan dikutuk teruk orang ramai. Rata-rata komen peminat tidak senang dengan tindakan tersebut dan meminta Mat Yo agar menceraikannya.

Kemarahan isteri bekas penyerang Kelantan itu dikatakan berpunca daripada tindakan seorang pengawal keselamatan menegurnya kerana meletakkan kenderaan di tempat yang salah. Untuk lebih jelas dan lanjut korang saksikan sendiri video penuh di SINI.

by Unknown · 0

Video hari yang malang buat lelaki ini

Video rakaman cctv hari yang malang buat lelaki ini

Lelaki ini mengajar bola golf dan kepalanya ditimpa palang membuatkannya terjatuh dalam kesakitan. Dalam keadaan dia masih terlantar kerana sakit di kepala, kereta yang sedang menanti untuk masuk pula menggilis kakinya tidak lama kemudian.
Rasanya video ni fake!!

by Unknown · 0

Kakak jumpa mayat adik tergantung

SABAK BERNAM – Seorang remaja lelaki tidak berbaju ditemui mati tergantung di belakang rumah datuknya di Tali Air 10, Sekinchan, di sini, malam semalam.

Mangsa, Mohamad Nazhif Mohd Rosdi, 18, ditemui kakaknya yang kebetulan melalui bahagian belakang rumah datuknya ketika mencari mangsa yang tidak pulang ke rumah beberapa jam selepas keluar mencari alatan untuk berkebun.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang tidak bekerja dan hanya menolong keluarganya mengusahakan sawah padi dipercayai ke rumah kosong itu pada petang kejadian.

“Berdasarkan pengecaman dan keadaan mayat ketika ditemui, polis percaya mangsa baru meninggal dunia dan kita masih menyiasat punca sebenar kejadian itu,” katanya. Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTA) Sabak Bernam bagi tujuan bedah siasat.

Bagaimanapun katanya, hasil siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dalam kejadian itu.

“Mayat mangsa kemudiannya dituntut keluarganya bagi urusan pengebumian jenazah,” katanya sinar harian

by Unknown · 0