Sunday 29 September 2013

Kakak jumpa mayat adik tergantung

SABAK BERNAM – Seorang remaja lelaki tidak berbaju ditemui mati tergantung di belakang rumah datuknya di Tali Air 10, Sekinchan, di sini, malam semalam.

Mangsa, Mohamad Nazhif Mohd Rosdi, 18, ditemui kakaknya yang kebetulan melalui bahagian belakang rumah datuknya ketika mencari mangsa yang tidak pulang ke rumah beberapa jam selepas keluar mencari alatan untuk berkebun.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang tidak bekerja dan hanya menolong keluarganya mengusahakan sawah padi dipercayai ke rumah kosong itu pada petang kejadian.

“Berdasarkan pengecaman dan keadaan mayat ketika ditemui, polis percaya mangsa baru meninggal dunia dan kita masih menyiasat punca sebenar kejadian itu,” katanya. Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTA) Sabak Bernam bagi tujuan bedah siasat.

Bagaimanapun katanya, hasil siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dalam kejadian itu.

“Mayat mangsa kemudiannya dituntut keluarganya bagi urusan pengebumian jenazah,” katanya sinar harian

0 Responses to “ Kakak jumpa mayat adik tergantung ”

Post a Comment